Saturday, 25 February 2023
9 SEBAB KOMUNITI SHAKLEE BEST SANGAT
REVIEW DAN FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0 DAN KENAPA NAK LAGI BLOGMEGASHAKLEE 2.0
Alhamdulillah, KaK Iz menang nutriferon pada blogmegashaklee 1.0 yang diadakan pada 9-14 Februari yang lepas. Seronok sangat !
Kak Iz dah tulis 2 artikel. Jom klik sini untuk baca artikel terdahulu. Tajuk pertama tentang intermintent fasting dan tajuk kedua berkenaan set kurus shaklee. Jemput baca.
Apabila Master Norita dan Master Salwa umumkan tentang projek blogmegashaklee, Kak Iz memang nak turut serta, sebab blog memang Kak Iz dah ada, buat dari tahun 2017. Bila tengok semula wahhh banyak jugak aku dah tulis ni.
REVIEW PROJEK BLOGMEGASHAKLEE
Mula-mula buat blog dulu, sebab bila mulakan bisnes online ni, salah satu cara untuk reach kepada orang ramai adalah dengan buat blog, melalui penulisan. Lagipun blog ni bersifat kekal dan tahan untuk bertahun-tahun.
Bila join projek blogmegashaklee jadi teruja sebab buat secara jemaah. Tulis bersama-sama bagi 1 tajuk yang sama. Aura bila buat ramai-ramai ni rasa lagi lebih bersemangat dan Kak Iz nak dapatkan semula rentak untuk menulis blog.
Melalui blog kita boleh berkongsi pengalaman, manfaat dan kebaikan. Dengan cara ini, pembaca akan dapat ilmu baru dan penyelesaian masalah yang dicari. Secara tak langsung kita dapat pahala dah dari situ. Lagipun memang ramai yang cari maklumat dari blog kan. Carian yang sangat popular. Macam kita, nak cari apa2 mesti akan cakap...ha google...google.
Master Salwa ,Master Norita dan ramai lagi dalam grup projek blogmegashaklee yang sangat berpengalaman dalam penulisan blog, semua berkongsi tips cara nak menulis, baca artikel dari blog otai-otai ni dapat belajar dan memberi inspirasi untuk menulis blog. Sudah tentu ilmu yang diberi ni sangat mahal dan tak akan dapat dimana-mana. Satu lagi untuk sertai projek ni, tak ada apa-apa yuran yang dikenakan, PERCUMA ! Kalau tak ambil peluang memang rugi. Master sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit untuk kami semua. Masya Allah best sangat.
FEEDBACK PROJEK BLOGMEGASHAKLEE
Antara feedback peserta blogmegashaklee.
1.First time buat blog. Sebelum ni pernah cuba buat tapi terkandas awal lagi tapi kali ni saya cuba juga. Mula mula sebenarnya saya nak tarik diri dah. Tapi kuatkan semangat dan lihat inspirasi drpd Group ni. Mmg langkah pertama sy tak sempurna, tapi sy cuba juga. Terima kasih Master Salwa, Master Norita, kak Pija, Farah, Latifah dan kak Farizan. Juga Aini Salleh . Dan semua yg berada dlm Group ni. Doakan sy boleh buat blog yg hebat mcm kalian . Puan Ili Raihana
2.Dalam seminggu sebelum umum projek ni, memang ada niat nak mula menulis semula. Tp tak buat buat. Eh tiba2 ada projek #blogmegashaklee Ya Allah betul2 buka jalan. Sparring pun awesome. Rasa bersalah kalau lewat2 siapkan task. Terus menulis walaupun laptop rosak . Cabaran rasanya tak biasa guna hp menulis blog. Tapi ia bukan alasan. Tulis dalam note hp dan transfer ke blogspot apps. Walaupun mencabar guna hp update blog tp tak apa teruskan juga. Terima kasih Allah. Terima kasih kak n dan kak salwa. Terus bersemangat menulis blog. Puan Erna NorDiana Zamri
HARAPAN PROJEK BLOGMEGASHAKLEE
Kak Iz berharap dengan menyertai program ini, blog Kak Iz akan semakin kukuh dan ramai yang akan dapat manfaat dari blog kak Iz.
Semoga Kak Iz akan dapat belajar juga tips and trick berblog ni. Tapi sebelum kita nak betul-betul pandai, buat sahaja dulu, redah sahaja dulu. Jangan tunggu nak perfect baru buat. Dalam perjalanan nak perfect tu kita belajar.
Akan datang untuk #projekblogmegashaklee2.0 sudah tentu Kak Iz tak akan lepaskan peluang untuk sertai sekali lagi. Doakan Kak Iz diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis.
#blogmegashaklee #shakleethrive 2023 #shakleetriumph2023
Tuesday, 14 February 2023
SET KURUS SHAKLEE PALING BERKESAN
Pada entry yang lepas, saya dah berkongsi tips untuk berjaya dalam intermintent fasting. Boleh klik link ya.
Untuk kali ini saya akan bercerita tentang set kurus shaklee. Jika set kurus shaklee ini diambil , berserta dengan mengamalkan intermintent fasting dan senaman yang betul, maka penurunan berat badan akan jadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Tanpa perlu berlapar.
Set Kurus Shaklee terdiri dari enam item iaitu.
➤Lecithin
➤Omegaguard
➤Cinch shake
➤Herblax
➤Vivix
Jom kita lihat satu persatu.
1.Lecithin
Thursday, 9 February 2023
5 TIPS MENJAYAKAN INTERMITTENT FASTING
5 Tips Intermittent Fasting: Bagaimana Menjayakan Intermittent fasting
1. MULAKAN INTERMITTENT FASTING DENGAN AWAL
Perhatikan hidangan terakhir anda sebelum memulakan intermittent fasting anda.
Katakan jika anda mempunyai makanan yang sarat dengan karbohidrat seperti pasta, pizza, sushi, kentang, pai atau roti bakar. Makanan jenis ini meningkatkan gula darah anda, dan tidak lama kemudian, menyebabkan rasa lapar.
Cara terbaik untuk menyediakan diri anda untuk intermittent fasting adalah dengan makan makanan rendah karbohidrat, dengan lemak sihat dan protein berkualiti tinggi. Ini akan membolehkan badan anda mengaktifkan rangkaian biokimia hormon kenyang yang berkuasa yang mempunyai kesan jangka panjang, jadi anda tidak akan mengalami kelaparan untuk masa yang lama, dan intermittent fasting anda akan berjalan lancar.
2. KEKAL TERHIDRAT
Badan anda memerlukan penghidratan tambahan semasa berpuasa kerana tahap insulin yang rendah membawa kepada sedikit dehidrasi. Pastikan anda mengambil jumlah cecair yang mencukupi untuk mengekalkan keseimbangan air anda untuk mengelakkan dehidrasi.Minum air membantu untuk menahan lapar.
3. AMBIL GARAM ATAU GARAM MINERAL
Apabila anda berpuasa, badan anda secara aktif menggunakan simpanan mineral yang disimpan. Kekurangan mereka boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan puasa seperti kekejangan otot, keletihan dan sakit kepala.
Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan mudah dengan menambah secubit garam dalam segelas air apabila anda berasa letih atau pening atau mengambil sedikit air mineral. Mineral akan membantu otot anda mengecut dan berehat dan membantu dalam menghantar impuls saraf dari sistem saraf anda ke bahagian badan yang berbeza.
4. MINUM TEH ATAU KOPI
Berlapar ketika berpuasa adalah perkara biasa. Teh dan kopi hitam dibenarkan semasa intermittent fasting. Teh (terutamanya teh hijau) dan kopi bukan sahaja mempunyai antioksidan penting untuk melawan keradangan dalam badan, tetapi ia juga mempunyai komponen penahan kelaparan semulajadi.Mengambil secawan teh atau kopi dengan ketara mengurangkan rasa lapar dan perut berkeroncong. Di sini anda perlu ingat bahawa minuman ini adalah diuretik. Ini bermakna mereka meningkatkan perkumuhan air dan mineral melalui kencing yang berlebihan. Selepas setiap cawan teh atau kopi anda perlu minum segelas air (dengan sedikit garam) untuk mengekalkan keseimbangan air-elektrolit anda.
5. TIDUR YANG BERKUALITI
Tidur yang berkualiti adalah penting apabila intermittent fasting. Kurang tidur meletakkan badan anda dalam keadaan tertekan, di mana kelenjar adrenal anda menghasilkan kortisol. Hormon ini menjejaskan bukan sahaja mood anda secara negatif tetapi juga tahap insulin anda akan meningkat walaupun tanpa makan.
Tidur yang tidak berkualiti membuat anda beras lapar dan menggalakkan keinginan gula.
Untuk lebih lagi info tentang , intermittent fasting klik link untuk rujukan seterusnya.
Tuesday, 7 February 2023
PERLUKAN PENGURUSAN BERAT BADAN ?
PERLUKAN PENGURUSAN BERAT BADAN ?
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, satu daripada dua penduduk dewasa Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Salah satu faktor pendorong yang tidak dapat dinafikan ialah pandemik Covid-19 di mana penduduk Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah, kurang melakukan aktiviti fizikal dan makan apabila berasa tertekan.
Jagalah kesihatan dan urus berat badan anda. Kami akan tunjukkan cara untuk melakukannya.