Sunday, 17 September 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Amat penting untuk seorang ibu yang mengandung, mendapat keperluan makanan, vitamin dan mineral semasa tempoh kehamilan. Untuk memastikan kesihatan ibu dan perkembangan anak yang dikandung adalah mencukupi.

Pelbagai masalah akan timbul kepada ibu dan bayi sekiranya tidak mendapat cukup keperluan makanan harian.

Kaki yang cramp, gdm, hB rendah, tekanan darah tinggi, stress, merupakan masalah biasa yang akan menjejaskan kesihatan ibu mengandung dan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Sejak dulu lagi shaklee telah menawarkan set  mengandung shaklee yang terdiri dari vitamin dan juga mineral yang lengkap. Seawal 1 hari selepas disahkan mengandung dah boleh amlakn set ini.

Istimewa September, shaklee menawarkan set mengandung dengan kerjasama Tanamera telah mengeluarkan set Embun iaitu terdiri daripada 2 jenis minyak untuk kegunaan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.


1.Protein soya -ESP






2. Vitamin B- B complex




3. Multivitamin dan Zat Besi- Vitalize





4. Kalsium- Ostenutrix





5.Smooth Tummy Oil


6. Relaxing Magnesium Gel



Alhamdulillah.

Nak tahu lagi tentang set mengandung shaklee? Klik sini.

Nak dapatkan set mengandung shaklee, jom wasap Kak Iz

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023










Sunday, 10 September 2023

Keperluan Wanita Mengandung.

Assalamualaikum semua.

Bertemu lagi kita dalam entry kali ini. Kak Iz nak bercerita tentang keperluan wanita mengandung.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan rezeki Kak Iz mengandung dan melahirkan sebanyak 5 kali.

Apabila dapat tahu mengandung untuk kali pertama, mestilah rasa gembira dan teruja, rasa takut pun ada sebenarnya.

Perkara pertama pergi klinik untuk sahkan kehamilan dan selepas tu pergi ke klinik kesihatan untuk buat buku pink.Kak Iz memang tak pernah ketinggalan untuk pergi ke klinik mengikut masa dan waktu temu janji yang ditetapkan. 

Perkara yang penting semasa wanita mengandung adalah dari segi pemakanan.

Secara amnya, wanita mengandung perlu memilih makanan yang tinggi kandungan kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan asid folik.

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

(Sumber:  American Medical Association 2011)

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Wanita mengandung yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Wanita mengandung yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Wanita mengandung yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi

Sumber zat besi

Wanita mengandung biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi  rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan wanita, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Wanita mengandung disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium


Wanita mengandung juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya wanita mengandung kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita mengandung yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita mengandung kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk wanita mengandung ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).


Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D



Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Pemakanan memainkan peranan penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu yang mengandung.

Masalah seperti morning sickness, berat badan naik mendadak, GDM seringkali dikaitkan dengan pemakanan. 

Lantas menjadikan ibu kurang mendapat khasiat dan menjejaskan pertumbuhan bayi. Di sini, suplemen memainkan peranan untuk merapatkan jurang nutrisi untuk ibu mengandung.

Dalam entry seterusnya, Kak Iz akan berkongsi cadangan untuk set untuk Set mengandung shaklee.

Jom baca lagi tentang Keperluan Wanita Mengandung. DI SINI.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023