Saturday, 2 September 2017

SERLAHKAN SERI KECANTIKANMU





Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.
Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? 
Mereka memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.
Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!
1) Protein untuk Membina Kulit yang Sihat
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
2) Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C



Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

3) Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen


Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.
4) Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA


Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

Lindungi kulit anda dari sinaran UV
  • Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman' anda.
  • Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.

Set Aura Seri

1) Sustained Release Vita-C PlusTM

Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.*

2) GLA Complex
Diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan.*

3) ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein.
Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

4) Collagen Powder
Minuman daripada Sisik Ikan Merah (RSS) dengan berat molekul yang rendah untuk penyerapan yang lebih baik.

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh, atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat dengan produk ini?
Hubungi...

Izwati
013 530 4142
SID 1173799
fb Noor Izwati

COD Kemaman,Terengganu

No comments:

Post a Comment