RAYA DENGAN SHAKLEE
Alhamdulillah. Raya yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Sabtu, 21 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444 H
Setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga, tibalah Syawal yang dinanti-nanti.
Sebulan berpuasa, ramai yang menjadikan ramadan sebagai turning point untuk menurunkan berat badan.
Bila dah Syawal, sudah tentu disajikan dengan juadah Syawal yang pastinya boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
Tengok sahaja kalori biskut raya di bawah.
Bila dah hari raya, nak kawal makanan , hari raya pertama tu mungkin nak kawal makan tu, kiranya cheat day lah kan. Hihihi...
Tapi raya kan sebulan, seminggu beraya di kampung, balik ke tempat kerja, mula pulak menghadiri jemputan rumah terbuka.
Aduihh...jammed macam ni.
Apa yang penting mesti ada kesedaran, kesihatan yang paling utama. Makanan tak salah, kita yang perlu kawal pemakanan tu.
Antara tip pengambilan makanan di hari raya.
Juadah hari raya yang sedap dan menyelerakan. |
- Elak/ kurangkan minuman manis dan bergas.
- Lebihkan ambil buah-buahan yang kurang manis dan berair.
- Kurangkan makan biskut/kuih raya.
- Elak makan bahagian daging berlemak.
- Puasa 6 di bulan Syawal.
- Makan dengan kuantiti sedikit dan terkawal.
- Guna pinggan yang kecil.
- Melakukan senaman.
Post a Comment