Rahmah...rahmah...rahmah...
Popular betul rahmah semenjak , dua menjak ini.
Satu inisiatif dari kerajaan untuk menggalakkan peniaga menyediakan set rahmah atau bahasa senang nak faham, set mampu milik. 😊
Mulai April 2023, shaklee buat promo set rahmah, vitamin kulit cantik dengan harga rahmah.
Kulit cantik menjadi idaman bukan sahaja wanita, tetapi juga lelaki.
Antara masalah-masalah kulit muka yang biasa dihadapi adalah.
1. KULIT MUKA KERING
2. KULIT MUKA BERMINYAK
Kulit muka berminyak adalah berpunca daripada penghasilan sebum secara berlebihan oleh kelenjar minyak Peningkatan penghasilan sebum ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti hormon, genetik, kelembapan dan stres.
3. KULIT BERJERAWAT
Banyak faktor yang menyebabkan kulit berjerawat, antaranya:
1. Alahan Kepada Makanan
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Minum air yang tidak mencukupi mengurangkan pengaliran darah badan. Oleh yang demikian, toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
2. Tidur
Sistem pembaikan sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kekurangan tidur. Kita harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sistem imunisasi yang optimum. Jam pukul 12mlm-3pagi merupakan masa penting untuk badan kita memperbaiki sel sel badan.
3. Pemilihan Produk Yang Salah.
Produk kulit yang tidak sesuai seperti terlalu berminyak, make up yang boleh menyumbat liang roma merupakan faktor utama yang menyebabkan jerawat. Tabiat sering bertukar produk kulit juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
4. Bakteria
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang lebih banyak bakteria menjangkit kulit kita. Memicit jerawat yang berjangkit boleh menyebarkan jangkitan di sekelilingnya. Ini menjejaskan pemulihan jerawat dan menyebabkan parut hitam selepas jerawat.
5. Hormon Tidak Seimbang
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Ia terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak. Hai ini sering berlaku dalam keadaan tekanan hidup, kurang tidur atau hormon dalaman yang tidak seimbang.
6. Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan
Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock menyebabkan kulit kurang imunisasi dan jerawat menjadi lambat pulih.
7. Terdedah Dengan Persekitaran
Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mencetuskan “free radical”dalam kulit kita, menjadi kulit lambat pulih dan menjadi kusam.
4. KULIT MUKA JERAGAT
Apa itu jeragat? Jeragat kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.
Cara mengatasai masalah pada kulit wajah.
1. Fahami Jenis Kulit
Ketahui dulu kulit kita jenis apa. Berminyak ke? Kering ke? Atau sensitif? Normal kah? Yang ni sangat penting.
2. Wajib Pakai Moisturizer
Yang ni adalah step yang paling penting! Semua jenis kulit wajib menggunakan moisturizer.
Ramai yang cakap kulit berminyak tak perlukan moisturizer. Dengan alasan minyak semula jadi yang ada pada kulit dah mencukupi.
Tak ye.. tak mencukupi lagi. Kena guna moisturizer untuk seimbangkan minyak pada kulit tu.
Kalau ada yang cakap penggunaan moisturizer akan buat kulit lagi berminyak, itu salah ya. Malah, penggunaan moisturizer akan seimbang minyak pada kulit kita.
3. Pilih Cleanser Yang Bagus
Cleanser yang bagus ialah cleanser yang mengadungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Cari cleanser yang mengandungi bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita.
Selain itu, cleanser yang bagus adalah cleanser yang rendah nilai pH nya. Antara pH4-6 sahaja. Kenapa tak boleh gunakan cleaser yang nilai pH lebih dari 6? Sebab lebih tinggi nilai pH itu, cleanser itu lebih acidic.
Apabila kita menggunakan cleanser yang bersifat acidic, kulit kita akan terjejas dan mudah untuk timbul jerawat. Kalau nak test nilai pH cleanser, boleh gunakan pH Test Strip.
4. Minum Air Kosong Banyak Banyak
Ini adalah tips paling mudah nak buat! Hanya perlu minum air kosong banyak banyak. Air kosong ni boleh “flush out” toxin dalam badan kita. Kalau nak cantik luaran, dalaman pun kena cantik juga! Barulah balance.
5. Kurangkan Pengambilan Gula
Para saintis menyimpulkan bahawa pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan obesiti, kencing manis dan bukan itu sahaja, malah boleh memberi kesan negatif pada kulit seperti jerawat dan kulit kusam.
Ini adalah kerana keindahan dan keanjalan kulit secara langsung bergantung kepada cecair yang diterima oleh badan kita.
Pengambilan gula yang banyak akan membuat kulit menjadi kering dan mudah untuk garis halus muncul di kulit wajah kita.
6. Makan Sayur & Buah Buahan
Selain minum air kosong banyak banyak, makan sayur dan buah buahan dengan kuantiti yang banyak pun memang bagus untuk kulit. Kenapa?
Ini adalah kerana sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita.
Tahukah anda, rahsia cantik yang sebenar datang dari pemakanan yang sihat dan ckup nutrisi? Jadi, pengambilan sayur dan buah buahan sangat penting.
7. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Ini adalah antara tips yang paling best! Nak cantik, kena dapatkan tidur yang mencukupi. Kalau anda kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam dan tak bermaya.
Beauty sleep sememangnya amat penting kalau anda mahukan kulit yang cantik, berseri dan sihat.
8. Berikan Kulit , Vitamin Kulit
Kebaikan Vitamin C untuk kecantikan
Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia boleh menyumbang dan memberi kesan positif kepada kecantikan luaran. Antara manfaat Vitamin C untuk kecantikan adalah seperti berikut:-
- Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
- Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
- Membantu mengatasi masalah jerawat
- Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
- Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
- Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
- Bertindak sebagai anti-radang.
Kebaikan ESP untuk kecantikan
- Mencantikkan dan mencerahkan kulit
- Mengembalikan keremajaan kulit
- Mengurangkan "stretchmark"
- Isoflavane dalam Esp merangsang pembentukan kolagen semulajadi pada kulit
- Mengurangkan masalah kawah dan parut pada muka
- Mengecilkan pori muka
- Menggalakkan penghasilan sel-sel kulit muka yang sihat
- Mengurangkan masalah 'sunburn'
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
No comments:
Post a Comment