Friday, 16 June 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat

 Teruja mereka semua.

Pada Ahad lepas,11 Jun 2023, suami Kak Iz, adik ipar, biras-biras dan anak saudara, mereka pergi naik bukit atau 'hiking' di Bukit Liman, Kati Kuala Kangsar.

Trend 'hiking' sekarang memang popular. Selain menyihatkan badan, dengan keluar peluh, minda kita pun rasa tenang dengan kehijauan pokok-pokok hutan , udara yang segar dan bersih. Dan juga menguji kekuatan fizikal dan mental.

Sudah ditawan


Seawal lepas subuh mereka dah mulakan pendakian.

Pulang menggunakan laluan simen, nak berbasikal pun sesuai.

Cantik sungguh pemandangan.

Di puncak.

Lagi menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Yeayyy. Dah sampai , Alhamdulillah.

Ini adalah salah satu amalan hidup yang sihat. Kak Iz nak kongsikan lagi amalan gaya hidup sihat, jom.


8 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

#1. Minum Air Secukupnya

  • Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Kelebihan minum air kosong.
  • Tambahan lagi dengan cuaca yang panas melampau , seharusnya pengambilan air kosong perlu mencukupi.

#2. Diet yang Sihat

  • Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Boleh juga amalkan set hello new you shaklee untuk kuruskan badan.


Diet dengan suku-suku separuh






#3. Jangan Merokok

  • Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
  • Cadangan pelaksanaan Generasi Penamat Rokok yang bertujuan melindungi individu yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 daripada membeli, menjual dan menggunakan semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape merupakan satu langkah yang tepat untuk melahirkan generasi yang bebas tanpa amalan merokok. 
  • Namun, proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kepada seseorang perokok dan memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi bagi melaksanakannya. 
  • Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk menuju generasi masa hadapan yang bebas tanpa sebarang amalan merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua.

#4. Bersenam

  • Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

#5 Tangani stress

  • Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan atau bersiar-siar.


#6 Tidur Berkualiti

  • Pastikan tidur anda benar benar berkualiti. Pastikan diri dalam keadaan yang bersih dan tempat tidur yang selesa.


#7.Terapi Aromaterapi

  • Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.


#8 Penjagaan Kulit

  • Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.



        Semoga bermanfaat, jom baca lagi tentang AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.

Salam sayang. Kak Iz , sahabat shaklee kesayangan anda, nak oder atau tanya tentang shaklee , boleh wasap ya. NAK SHAKLEE.


 

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment