5 Tips Rahsia Untuk Peniaga Online Yang Baru Mula Berniaga
CARA UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE
Anda harus ingat KATA KEKUNCI ini iaitu “, “Cari”,Jual”, “Manfaat”, “Guna” dan “Rajin”
- CARI ilmu berniaga
- JUAL minat anda
- MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial
- GUNA strategi pemasaran terbaik
- RAJIN berusaha dan bertanya
1. Cari Ilmu Berniaga
Perkara pertama yang paling penting adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual.
2. Jual Minat Anda Sebagai Peniaga Online
Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Dalam berniaga inilah peluang untuk anda lakukan perkara yang anda minati. Berbeza jika anda bekerja. Tidak semua kerja kita minat untuk lakukan. Dengan berniaga, anda bebas melakukan apa sahaja.
3. Manfaatkan Platform Media Sosial
Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, itu semua sudah berakhir. Dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.
Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog, ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda.
Langkah permualaan terbaik adalah anda boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk anda. Kemudian, anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Ada lagi media sosial yang anda ketahui? Gunakannya. Sekarang ni TikTok pun boleh jadikan platform bisnes tau.
4. Guna Strategi Peniaga Online Yang Terbaik
Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk anda. Dengan cara ini, perjalanan perniagaan anda lebih berstruktur dan terancang. Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancar kan?
Jadi sekiranya anda memilih Facebook untuk mempromosikan produk, anda harus tahu bahawa teknik permasaran adalah berbeza sedikit daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ads marketing (iklan pemasaran) di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya.
Begitu juga dengan Instagram. Anda boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang nak beli. Jangan lupa sasarkan produk anda kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk anda. Anda harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan anda.
5. Rajin Berusaha Dan Bertanya
Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam perniagaan anda.
Apa-apa pun yang anda lakukan, anda perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan niat. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment