Friday, 28 July 2023

Percutian Shaklee

 Shaklee tawarkan trip umrah VVIP !


4 TIKET UMRAH : 4 SET HADIAH KELENGKAPAN

Ini gambar barang-barang yang Shaklee hadiahkan pada kami tahun 2019

Setiap tahun Shaklee ada 2 pilihan International Trip. Umrah & Satu lagi.
Satu lagi tu bertukar-tukar - Swiss, Italy, Jepun, merata dunia lah

Umrah kekal setiap tahun. Untuk tahun ini, pilihannya adalah Umrah & Swiss. 
Trip International Shaklee, harganya sekitar RM20,000 lebih seorang.

Untuk Umrah, Shaklee akan bagi tiket, hotel, beg bagasi, beg hand carry, Kain ihram, telekung, duit poket kalau hari yang ziarah dan tak makan di hotel. Ada satu tahun tu, beg kasut pun shaklee bagi.

Entry kali ini, Kak Iz nak cerita tentang Master Farihah Abu Kasim yang telah pun layak ke umrah vvip shaklee pada May 2023 yang lepas untuk kesekian kalinya.

UMRAH 2023 ; UMRAH PERCUMA KE 5 DITAJA SHAKLEE ✈️🩷

Dah sampai hadiah kelengkapan umrah dari Shaklee. Alhamdulillah ðŸ¥°

Alhamdulillah. Banyak, cantik & eksklusif !

Beg bagasi Samsonite x 4
Telekung Siti Khadijah x 3
Pakaian Ihram x 2
Beg sandang x 4
Beg kasut x 4
Tumbler Rubbermaid x 4

Tiap-tiap tahun macam ni, trip Shaklee ni bukan saja tiket free, tapi semua free dan dapat lagi barang-barang keperluan

Untuk yang nak tahu macamana nak dapat umrah VIP percuma dengan Shaklee, saya ringkaskan di sini

Trip Umrah ni memang dianjurkan oleh Shaklee setiap tahun. Ianya adalah tawaran PERCUMA kepada leaders Shaklee yang layak dengan kiraan mata pada jumlah tertentu sepanjang setahun berbisnes

Kiranya Umrah kami kali ini adalah reward daripada penat lelah berbisnes pada cycle yang lalu.

Trip percuma ini dihadiahkan dengan kiraan points seperti berikut :

🌟Jualan kumpulan
🌟Bilangan leaders yang berjaya kita bantu dalam Empayar kita
🌟Bilangan pendaftaran keahlian dengan belian tertentu

3 kriteria ini memegang points pada jumlah tertentu dan dikumpulkan selama 12 bulan. Di akhir cycle, akan dijumlahkan berapa points yang kita kumpul dan berapa tiket yang kita layak dengan points tersebut.

Trip ini sangat EKSKLUSIF. Ia hanya boleh dimiliki dengan jumlah points yang kita kumpul. TIDAK BOLEH di tambah wang tunai, jika tak cukup points atau nak tambah tiket.

Cukup ,dapat, tak cukup, tak dapat.

Satu benda lagi yang best tentang trip Shaklee, bukan kita sahaja yang layak. Tiket ini juga melayakkan kita membawa bersama
❤Suami / Isteri
❤Anak-anak
❤Ayah
❤Mak
❤Ayah Mertua
❤Mak Mertua
❤Adik beradik kandung (untuk leaders yang belum berkahwin)

Shaklee adalah bisnes keluarga. Manfaat bisnes adalah untuk seisi keluarga, bukan untuk kita seorang atau kita dengan suami sahaja.

Best kan?

Dan TIADA HAD MAKSIMUM jumlah tiket. Bergantung kepada points yang kita kumpul. Boleh dapat 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau berapa sahaja tiket yang mampu kita claim

Tapi... yang Shaklee bagi bukanlah tiket sahaja. Belanja yang perlu kita keluarkan adalah membuat passport sahaja. Lain-lain Shaklee tanggung, daripada beg bagasi, kain ihram, telekung, tiket kapal terbang pergi balik, penginapan di hotel 5 -6 bintang, makan-minum dan kos-kos jika masuk ke tempat-tempat tertentu. Kita cuma bawa duit shopping saja ðŸ˜‹

Tiket umrah ini adalah salah satu push factor saya fokus dengan Shaklee, pada awal dulu, sebab saya nak sangat pergi umrah dan umrah yang Shaklee tawarkan bukan calang-calang pakej. Ianya pakej VIP

Rugilah kalau saya tak pulun.

Untuk anda yang memiliki impian seperti saya, Shaklee ada peluangnya. Ianya percuma tapi perlu dibayar dengan usaha dan keringat. Anda yang telah menjadi ahli Shaklee, usahalah untuk mendapatkannya.

Yang belum menjadi ahli, Shaklee ada peluangnya untuk anda.

NIKMATI KESELESAAN YANG SHAKLEE SEDIAKAN 


Bisnes class

Telekung siti khadijah dari shaklee


Rombongan umrah shaklee 2022/2023



Bilik hotel, dapat free gift telekung SK lagi'

Ruang tamu siap dengan coffee marker,buah-buahan dan kekacang.

Perkarangan Raudah




Menaiki train ke Mekah

masjid Nabawi

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata apabila melihat umrah    VVIP SHAKLEE ni, belum lagi Kak Iz sendiri yang merasa.

Banyak lagi yang Kak iz nak ceritaa tentang umrah VVIP SHAKLEE NI, jumpa di next entry.
Sebelum tu, jom baca lagi tentang PERCUTIAN SHAKLEE PERCUTIAN SHAKLEE dari kawan-kawan Kak Iz yang lain.

Berminat dengan shaklee? KLIK SINI ya, Kak Iz bantu.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023






Tip Travel

Seronoknya bila dapat travel. Bila berjalan-jalan lihat keindahan ciptaan Tuhan. Rasa tenang dan sangat mengujakan.


Untuk entry kali ini, Kak Iz nak berkongsi tip apabila travel. Kak Iz ada 5 orang anak, jadi apabila travel tu mestilah bersama anak-anak.

Kak Iz nak kongsikan, 

6 Tip Travel dengan anak-anak.

#1 Pakaian mencukupi

Nak travel mesti pastikan pakaian mencukupi,anak-anak kecil, kita tak boleh jangka, pakaian kadangkala kotor, tertumpah makanan atau minuman , jadi boleh bawa pakaian lebih.

Susun pakaian mengikut hari dan pastikan ada baju untuk seharian, untuk tidur, atau jika nak mandi laut atau kolam, pakaian renang.




#2 Makanan ringan



Jika perjalanan jauh, kanak-kanak ni mudah bosan, jika bosan dia kata lapar, walaupun mungkin tak lapar mana pun.

Jadi sediakan makanan ringan tapi bukan jajan, contohnya roti, buah-buahan supaya dapat mengisi perut mereka. 


#3 Air minuman



Air mineral pun perlu disediakan ,macam anak-anak Kak iz, pesan pada mereka untuk bawa botol air sendiri.
Boleh beli botol air kesukaan mereka, untuk menarik minat mereka membawa air sendiri dari rumah.Ini juga penting untuk mengelakkan dehidrasi dan mereka sentiasa segar, dalam kenderaan.

#4 Bahan bacaan



Bahan bacaan seperti komik atau buku bergambar perlu juga ada , ini untuk memberikan anak-anak menggunakan masa terluang dalam kenderaan sebaiknya. Buku mewarna, krayon, pensel warna untuk anak-anak yang kecil. Buku pelekat juga dapat menarik anak-anak.


#5 Permainan mudah alih



Bawa gameboys atau permainan keluarga seperti kad UNO, DVD mudah alih untuk menjadikan perjalanan jauh tidak membosankan.

#6 Ubat-ubatan



Bawa bersama ubat-ubatan seperti ubat demam, minyak angin, balm atau kalau ada first aid kit lagi baik.Sebagai persediaan jika berlaku sebarang masalah kesihatan.


Sekian, 6 tip yang Kak Iz kongsikan, semoga memberi manfaat,
KLIK SINI untuk mengetahui banyak lagi tip travel dari rakan-rakan Kak Iz.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Tuesday, 18 July 2023

5 TIP BISNES ONLINE

 


5 Tips Rahsia Untuk Peniaga Online Yang Baru Mula Berniaga


CARA UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE

Anda harus ingat KATA KEKUNCI ini iaitu “, “Cari”,Jual”, “Manfaat”, “Guna” dan “Rajin”

  • CARI ilmu berniaga
  • JUAL minat anda
  • MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial 
  • GUNA strategi pemasaran terbaik
  • RAJIN berusaha dan bertanya

1. Cari Ilmu Berniaga

Perkara pertama yang paling penting adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual. 


2. Jual Minat Anda Sebagai Peniaga Online

Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Dalam berniaga inilah peluang untuk anda lakukan perkara yang anda minati. Berbeza jika anda bekerja. Tidak semua kerja kita minat untuk lakukan. Dengan berniaga, anda bebas melakukan apa sahaja.


3. Manfaatkan Platform Media Sosial

Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, itu semua sudah berakhir. Dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.

Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Dengan adanya laman sosial seperti FacebookInstagramTwitter dan blog,  ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda. 

Langkah permualaan terbaik adalah anda boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk anda. Kemudian, anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Ada lagi media sosial yang anda ketahui? Gunakannya. Sekarang ni TikTok pun boleh jadikan platform bisnes tau.


4. Guna Strategi Peniaga Online Yang Terbaik

Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk anda. Dengan cara ini, perjalanan perniagaan anda lebih berstruktur dan terancang. Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancar kan?

Jadi sekiranya anda memilih Facebook untuk mempromosikan produk, anda harus tahu bahawa teknik permasaran adalah berbeza sedikit daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ads marketing (iklan pemasaran) di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya. 

Begitu juga dengan Instagram. Anda boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang nak beli. Jangan lupa sasarkan produk anda kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk anda. Anda harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan anda.


5. Rajin Berusaha Dan Bertanya

Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam perniagaan anda.

Apa-apa pun yang anda lakukan, anda perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan niat. Anda pasti akan mencapai kejayaan.


Bisnes yang Kak Iz ceburi sekarang adalah bisnes supplement shaklee, KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes shaklee.

Jom baca juga tentang TIP BISNES ONLINE yang lain.


Nak join atau dapatkan produk shaklee, wasap Kak Iz ya.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Kerja Dari Rumah- Kisah seorang doktor.

 


DARI SEORANG DOKTOR AKU BERHENTI KERANA ANAK-ANAK....


Pada masyarakat dan keluarga, hebatnya status seorang doktor. Tapi kenapa aku tak bahagia?

Kenapa aku berduka?

Apabila pulang kerja melihat anak-anak sudah tidur.
Ahh harini tak jumpa anak. Esok pagi keluar kerja drg belum bangun.

Sampai bila nak macam ni.

Hari tu suami share,'Isabella dah pandai panggil daddy'.

Anakku dah pandai bercakap dan aku bukan orang pertama yang tahu.

Hidupku hanya kerja aku. Hidupku demi orang lain?

Siapakah yang utama dalam hidup aku?
Cip tanya hati sedalam-dalamnya.

Cip tahu jawapannya.

Anak-anak aku.
Merekalah harta aku.
Aku tak kisah kalau aku bukan seorang doktor lagi sebab itu tak penting untuk aku.
Asalkan aku bahagia dan anak-anak bahagia.

Berbulan2 Cip fikir untuk berhenti kerja. Masa tu Cip start buat Shaklee. Tapi income belum banyak lagi.

Untungnya buat bisnes Shaklee ni sebab Cip tak perlu modal. Cip takde duit pun nak buat modal.

Masa tu Cip takde ilmu bisnes pun. Nak promote macam mana?
Nak menjual macam mana?

Cip main redah saja.
Ilmu takde tapi yang ada adalah sesuatu yang LUAR BIASA iaitu SEMANGAT YANG KUAT, rasa tak ingin kalah demi kebahagiaan saya bersama anak-anak.

'Anak-anak mommy, mommy janji mommy akan work so hard supaya mommy takkan tinggal korang lama-lama macam selalu. Maafkan mommy. Bukan mommy sengaja ambil korang jam 11 malam. Mommy bekerja untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Tapi mommy janji yang one day mommy takkan tinggal korang lama macam tu lagi. Promise. Anak-anak adalah kekuatan mommy'.

Cip ingat lagi setiap malam lepas balik kerja, Cip drive balik dgn Isabella dan sampai rumah jam 12 malam. Anak yang dah tidur Cip dukung naik ke condo tingkat 16. Cip mengandung 32 minggu.

Rasa nak nangis dukung anak 10 kg.

Ya Allah
Boleh tak aku berhenti struggle macam ni? Boleh tak aku mati saja. Aku penat sangat.

Boleh tak aku just nak stop masa sekejap.
Aku xmau fikir hutang, kerja dan anak.
Aku just nak duduk dan rehat sekejap sahaja.

Masalah dunia ni, hilangkan dari fikiran aku. Kenapa setiap hari aku rasa aku seperti perenang dilautan tanpa pantai.

Sampai di rumah, selepas anak-anak dah tidur, Cip akan study balik sale harini dan mula tambah ilmu bisnes. Cip akan jadikan setiap hari perlu mencari ilmu bisnes. Jam 2 pagi baru tidur. Esok pagi dah mula drive meredah jem ke klinik.

Penat.
Tapi Cip tak kisah sebab Cip tahu yang bila Cip capai target, Cip akan bebas!!

Cip perlu cari ilmu untuk Cip berjaya.

Itu target saya. I want to be free.
No more rules!!
Kalau anak I sakit, I boleh pilih untuk teman anak.
Kalau I rasa sakit, I boleh pilih untuk tak bekerja.
I just want to be free!!

I nak terbang tinggi!! I nak bahagiakan orang tersayang. Anak-anak dan mak ayah.

Alhamdulillah, satu hari yang indah, bisnes saya mula capai jualan 6 angka.
Ya Allah segala susah payah aku berbaloi.
Segala air mata ini berbaloi.
Kerana aku sentiasa yakin pada rahmatMu.

Mulai saat itu, saya hanya fokus pada bisnes saya sahaja. Saya nekad untuk bantu lahirkan lebih ramai leader seperti saya.

Saya tahu disuatu sudut di Malaysia ini, pasti ada seperti saya dan saya nak bantu dia.

Semangat Cip berkobar2.
Buat Cip sanggup habiskan masa yang banyak untuk ajar orang dalam bisnes RYG. Tapi Cip tumpu pada team Cip saja.

Berkat usaha dan keikhlasan saya, RYG kembang maju dan laju. Ryg berjaya hasilkan ramai dgn jualan 6 angka. Bisnes ini ubah hidup ramai orang sepertimana ia mengubah hidup saya.

Dalam masa setahun, saya mula menjana jualan lebih sejuta sebulan.
Tanpa rasa takut, saya mula menyertai seminar puluhan ribu ringgit untuk belajar ilmu bisnes.
Pulang dari seminar, jualan RYG melonjak lagi!! Saya pergi belajar lagi!!
Sale naik lagi!!

Wow!!

Inilah rahsia kejayaan.
Ilmu ilmu ilmu.

Kini bermula Januari 2017, jualan bisnes saya iaitu RYG dah mencapai lebih 13 juta dalam masa 8 bulan sahaja.

Kini saya bebas.
Saya ada ketenangan dan kebahagiaan.
Saya faham erti kehidupan.
Kemewahan dan kejayaan mengajar saya erti memberi.
Kejayaan saya adala kerana saya ikhlas memberi ilmu pada ahli team saya. Saya coaching mereka SETIAP MALAM selama setahun lebih.

Saya korbankan masa rehat saya asalkan mereka maju.

Saya mahu mereka tidak buat kesilapan yang saya buat dalam bisnes supaya perjalanan mereka lebih laju dari saya.

Saya mahu mereka ada senjata rahsia yang saya cipta supaya kejayaan saya menjadi kejayaan mereka pula.

Suami saya tanya,'Tak rindu ke nak jadi doktor?'

Saya senyum dan jawab,'Tak. Jangan suruh I masuk kerja sebab I takmau. I akan menangis kalau KKM suruh masuk balik'.

Semua orang ada impian. Dan ini impian saya.
Kerana rezeki inilah saya dapat memberi kesenangan kepada ibu bapa dan keluarga.
Tapi saya tak berhenti disini. Saya upgradekan mission saya untuk membantu orang lain diluar sana.

Kak Cip nak bantu peniaga online diluar sana supaya berniaga dengan teknik yang betul.
Melalui kelas2 coaching yang kak cip beri, Kak Cip nampak betapa kurangnya ilmu peniaga online.
Kak Cip kasihan.

Kerana takde ilmu inilah anda berniaga lama2 tapi belum mampu beli rumah impian pun.

Anda berniaga tapi bank tak pandang anda langsung.
Anda berniaga tapi tak mampu beri wang pada mak ayah.
Anda berniaga tapi makin miskin dari orang makan gaji.

Jangan buat silap...
Jangan kedekut dgn ilmu.

Anda labur untuk ilmu, bisnes anda naik berpuluh kali ganda dari jumlah pelaburan anda bayar...

Kak Cip dah pernah buat dan Kak Cip tahu.
Tapi kalau kedekut dgn ilmu, bisnes anda akan kekal STATIK selamanya.
Anda rugi masa rugi tenaga...

Jom baca lagi tentang bisnes shaklee secara online.

Lagi tentang Kerja Dari Rumah. KLIK SINI



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Friday, 14 July 2023

Beza vivix dan ResV

 Assalamualaikum semua.😊

Jika tanya pada Kak Iz antara vivix dan ResV, Kak Iz pilih dua-dua.

Keduanya Kak Iz ambil waktu berbeza.

Vivix waktu pagi, resV pada waktu malam. Vivix dalam bentuk cecair, sangat sedap. Manakala resV dalam bentuk kapsul, mudah untuk dibawa kemana-mana. Tak perlu nak simpan peti sejuk.

Kandungan vivix terdiri dari 4 bahan, manakala resV ada pertambahan kandungan menjadikan 7 bahan.

Kebaikan polifenol.



ResV lebih mudah untuk dibawa.


Kelebihan  dan beza resV dan vivix



Jom dapatkan resV dan vivix. KLIK SINI

Lagi tentang resVivix. KLIK SINI




Thursday, 13 July 2023

Keunikan Vivix

Assalamualaikum semua.

Apa kabar?😊

Kali ini, Kak Iz nak cerita kisah mak Kak Iz yang susah sangat nak buang air besar. Pernah mak duduk dalam toilet lama sangat. Rasa perut memulas tapi tak keluar pun najis.

Naik risau Kak Iz dan keluarga masa tu, sebab mak lama sangat dalam toilet, risau jatuh ke apa.

Sehinggalah Kak Iz menjadi pengguna shaklee, dan dipendekkan cerita Kak Iz belikan vivix untuk mak. Alhamdulillah, tak sampai 1 botol ambil, mak kata pembuangan mak makin lawas.

Testimoni Mak Kak Iz

Masya Allah, berkat ikhtiar dan Allah izinkan masalah mak sembuh dengan vivix.  

Apa agaknya keunikan atau ramuan dalam vivix yang sangat memberi manfaat kepada mak Kak Iz. Jom Kak Iz kongsikan.


RAMUAN VIVIX

#1 ANGGUR MUSCADINE

Anggur muscadine


Buah anggur yang luar biasa dengan antioksidan yang luar biasa!
Anggur liar ini mempunyai 20 kromosom (anggur biasa hanya 19 kromosom) dan kerana pasangan tambahan kromosom, ini menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.

Sifat unik seperti bersaiz besar, kulit dan biji benihnya yang tebal serta tumbuh dalam cuaca ekstrem menjadikan anggur muscadine ada ciri antioksidan yang amat banyak (6-8 kali lebih tinggi dari beri biru!).

Ia juga ada asid elagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto nutrien yang tidak di jumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan ada ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.

#2 LOBAK UNGU

Lobak ungu



Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterprnes dan anthocyanins antioksidan yang mustajab.

Antosianin iaitu antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren.

Asid Klorogenik yang terdapat dalam lobak ini dapat membantu mengurangkan diabetis dan penyakit jantung.


  • Galakkan penglihatan yang sihat
  • Tingkatkan keanjalan saluran darah
  • Mengurangkan keradangan

#3 Eldeberi Eropah

Elderberi Eropah

Berry mengandungi flavonoid di mana ada ciri antioksidan yang kuat. Selain itu terdapat juga vitamin A, B dan C serta asid, asid amino, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Mengandungi ciri antibakteria dan antivirus.
  • Menggalakkan perkembangan sel yang normal dan sihat.

Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung.

Juga bagus dalam pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


#4 Polygonum Cuspidatum



Merupakan tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, boleh juga di temui di Amerika Utara dan Eropah.

Sumber komersial Resveratrol.

Mempunyai manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan.

  • Galakkan kadar keradangan yang sihat.
  • Membaiki peredaran darah.
  • Menghalang pengumplan platelet darah.


Campuran sempurna polifenol ini membantu anda untuk hidup lebih aktif dan lama.

  • 10x lebih berkuasa daripada Resveratrol sahaja
  • 15 polifenol untuk perlindungan spektrum yang lebih luas
Inilah yang membuatkan vivix unik.

Jom baca siapa lagi yang perlukan vivix, KLIK SINI


Boleh hubungi Kak Iz untuk dapatkan vivix, free consultation, free gift.

Klik sini, NAK VIVIX


Noor Izwati / Hizal
Supervisor shaklee
#shakleearakuda
#shakleekualakangsar

Saturday, 1 July 2023

7 Petua Hilangkan Jeragat.

 

Muka dipenuhi jeragat.

Assalamualaikum, dalam entry kali ini, Kak Iz nak berkongsi  7 petua untuk hilangkan jeragat.

Sebelum itu, jom kita tengok apa yang dimaksudkan dengan jeragat.


MAKSUD JERAGAT

Apakah maksud jeragat? 
  • Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. 
  • Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

7 PETUA HILANGKAN JERAGAT

Tips #1 : Cuka Epal ( Apple Cider )


Caranya:

Campurkan 2 sudu cuka epal dengan separuh cawan air. Celup kapas muka dan gosok lembut seluruh muka… nak lajak ke leher pon okay sgt… agak2 seminit ke 2 minit macam tu, bilaslah. In shaa Allah, tips ini sememangnya berkesan untuk masalah jeragat.

Namun perlu diingat, jangan gosok terlalu kuat atau terlalu lama. Cuka epal kan dia bersifat asid dan boleh mengakibatkan hakisan pada kulit muka. Buat, seminggu sekali pun sudah mencukupi. In shaa Allah.

Tips #2 : Kulit Kayu Manis Bersama Madu Asli.



Caranya :

Campurkan setengah sudu kecil serbuk kulit kayu bersama dengan setengah sudu kecil madu asli. Kacau bagi dia betul-betul sebati. Jadikan campuran tu sebagai masker dan pakailah kat muka. Biarkan selama setengah jam sebelum dicuci muka sehingga bersih dan hilang masker tersebut.
.
Amalkan tips ni 2 kali seminggu. In shaa Allah, anda sendiri akan dapat rasa perubahannya. Jeragat pada muka akan semakir pudar dalam masa yang singkat.
.
Paling bestnya adalah tips ini dapat menghalang pertumbuhan jeragat yang baru. Wow!

Tips #3 : Lemon

Asid dan Vitamin C yang ada dalam lemon sebenarnya mampu untuk menghilangkan jeragat dalam masa yang singkat.


Caranya :

Dapatkan sebiji lemon dan potong. Sapukan ke muka. Biarkan sapuan tersebut selama 15 minit dan bilaslah selepas itu.

Amaran keras : Jika kulit anda jenis kulit yang sensitif, tips ini tidak sesuai untuk anda amalkan. Lemon bersifat asid.

Tips #4 : Daun Lidah Buaya.



Caranya :

Banyak khasiatnya lendir daun lidah buaya ni…  cuma potong kulit luar hingga lendirnya keluar dan sapu rata pada kulit.. Biarkan setengah jam, kalau nak pakai terus masa tido lagi bagus sbb lidah buaya ni ada bahan aleosin yg boleh merawat pigmentasi… lagi pon boleh sejuk 1 muka..mmg best!


Tips #5 : Minyak Zaitun Dara



Caranya :

Ambil 2-3 titik minyak zaitun dara sapu ke seluruh muka…urut lembut secara membulat.. biar beberapa jam sebelum bilas bersih.

Minyak zaitun ni mmg sangat banyak khasiat, antaranya bertindak sebagai antioksida untuk baiki kulit muka yg rosak dan kulit jadi anjal remaja.


Tips # 6 : Kurang makanan Merapu dan banyakkan minum air.

Sekarang ni musim org berdiet dan turunkan berat badan. Kalau semua perasan, bila kurang ambil makanan tidak khasiat dan ambil banyak makanan bernutrisi tinggi seperti sayuran dan buahan serta minum banyak air, kulit muka akan jadi cerah dan licin.

Ini kerana toksin2 dari organ kulit berjaya disingkirkan dgn sempurna dan menjadikan kulit sihat dan secara tidak langsung jeragat pon boleh berkurangan.


Tips # 7 : Kurangkan penggunaan makeup yg tebal dan WAJIB cuci muka sebelum tidur.

Awas jika jenis suka make-up tebal. Penggunaan barang make-up yg tiada piawaian secara berterusan boleh menimbulkan masalah dlm beberapa tempoh penggunaan. Lebih2 lagi barang make-up yg dibeli dalam saiz besar, kita xperasan tarikh luputnya, akibatnya kulit menjadi rosak dan berpigment.
.
Itu sebabnya sangat penting untuk mencuci muka sebersih- bersihnya sebelum tidur untuk semua kekotoran dan membenarkan tubuh membaiki kerosakan kulit waktu kita tidur.
.
Pencuci muka yang paling sesuai adalah yang mengandungi banyak bahan semulajadi yang mampu membersihkan dan merawat kulit secara lembut.


In sya Allah , dengan mengamalkan semua petua untuk hilangkan jeragat akan dapat mengatasi masalah jerawat ini.

Kak Iz nak share lagi petua hilangkan jeragat, KLIK SINI.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023 

Kak Iz juga merupakan pengedar shaklee yang aktif, jom wasap Kak Iz untuk dapat produk shaklee.