Vitamin E untuk saya dan Anda.
Assalamualaikum. Hai semua.
Entry kali ini, Kak iz nak cerita tentang kepentingan vitamin E. Jom baca bersama-sama.
Dikenali sebagai antioksida yang melindungi badan anda daripada tekanan oksidatif, vitamin E
membantu meningkatkan kesejahteraan menyeluruh bagi lelaki dan wanita.
5 KEPENTINGAN VITAMIN E
1.Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot
Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:
• Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikalbebas.
• Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
2.Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat
Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:
• Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah anda.
• Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.
3.Meningkatkan Kualiti Sperma
Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian anda!
Ia menggalakkan:
• Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
• Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
• Pengurusan andropaus yang lebih baik.
4.Meningkatkan Kesuburan Wanita
Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:
• Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.
• Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.
• Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.
5.Untuk Kulit Yang Lebih Sihat
Bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk:
• Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
• Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
Jom baca lagi tentang vitamin E ,KLIK SINI.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Nak dapatkan produk shaklee? Klik link wasap.
Post a Comment