Caj Energimu

Bagi ibu yang telah melahirkan anak,sudah tentu sukar untuk berehat.
Berehat bukan hanya dengan tidur tetapi anda harus mengamalkan cara hidup yang sihat supaya sentiasa bertenaga sepanjang hari.
Beberapa tip yang boleh membantu anda menambah energi anda untuk menguruskan anak dalam tempoh menjalani pemulihan diri selepas bersalin.

1)Sarapan pagi
Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Pastikan juga makanan berkanji seperti roti,nasi dan pasta(lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat untuk mengelak sembelit).
Makan dalam kuantiti yang sedikit dalam suatu masa tetapi kerap.
Ingat,jangan biar perut kosong.

2)Senaman ringan
Seperti berjalan,senaman lantai pelvis dan regangan ,sebaik sahaja rasa cukup bertenaga.
Tetapi harus menunggu dalam 6 minggu sebelum melakukan senaman yang lebih kuat.
Ingat ye,bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan fan kesukaran untuk kembali ke bentuk asal.

3)Tidur bersama bayi
Dapatkan masa rehat yang secukupnya.
Cuba tidur semasa bayi anda sedang tidur.
Apabila anda tidur,ketika bayi anda tidur,membuat anda lebih bertenaga kerana mendapat rehat yang mencukupi.
Rehat yang mencukupi dapat merangsang pengaliran  susu ibu lebih baik.
Tempoh 30-45 minit tidur yang nyenyak sudah cukup efisyen dalam menyegarkan kembali tubuh.

4)Jus buah-buahan
Buat jus segar di rumah untuk memberi kesegaran tubuh dan merangsang pengaliran susu ibu.
Anda boleh pilih jus buah-buahan,sayur-sayuran,air kurma merah,susu soya tiada gula dan minuman dadeh.
Jangan lupa minum airn yang banyak antara 8-12 biji gelas sehari.

5)Suplemen
Selepas bersalin,para ibu akan kehilangan tenaga kerana menguruskan anak-anak,diet yang tidask seimbang kerana kengkangan masa dalam menguruskan bayi baru lahir dan melakukan penyusuan susu ibu.
Pengambilan suplemen juga membantu mengembalikan kesegaran tubuh badan.
Antara suplemen yang penting adalah vitamin C,vitamin B,multivitamin,zink kalsium dan protein.
Namun dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan buat badan.


6)Zikir
Tiada yang lebih menyenangkan apabila melakukan amalan berzikir semasa berpantang.
Ia digalakkan kerana secara rohani dapat membantu menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan.
Ini kerana para ibu tidak boleh bersolat dan membaca Al Quran jika masih dalam nifas selepas bersalin,bagi yang beragama Islam.

sumber Pa&Ma NORHASLIZA YUSOFF

Ingin dapatkan suplemen terbaik shaklee
hubungi
Izwati
013 530 4142
Fb Noor Izwati
COD Chukai,Kemaman



No comments