IDEA MENU SAHUR SIHAT UNTUK IBU MENYUSU
Assalamualaikum , salam sejahtera semua.
Berjumpa kita lagi dalam blog Kak Iz.
Ibu yang menyusukan anak, pasti agak risau juga dengan pengeluaran susu di bulan Ramadan ni kan. Tambah lagi untuk ibu yang pertama kali meyusukan anak di bulan Ramadan.
Kak Iz pun sama, first time menyusukan anak di bulan Ramadan pada 2015. Yang bermain di fikiran adalah, cukup tak susu aku di bulan puasa ni, Kak Iz bekerja jadi memang buat stok susu.
Untuk memastikan stok susu yang mencukupi, pemakanan kita memang sangat penting, terutama sekali waktu sahur.
Sebab waktu sahur ni, ibarat sarapan pagi, waktu untuk kita mulakan hari. Penghasilan susu memang berkait rapat dengan pemakanan kita.
Jadi untuk entry kali ini, Kak Iz nak berkongsi beberapa menu sahur yang ringkas, tetapi tetap berkhasiat dan dapat membantu ibu menyusu semua lebih bertenaga , menjalani rutin harian sebagai ibu menyusu di bulan puasa.
Jom Kak Iz kongsikan menu sahur tersebut.
#1 KURMA
Kurma boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa.
Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam buah kurma adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga yang mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Oleh itu, tidak hairanlah ia sesuai untuk diambil semasa bulan Ramadan sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka. Ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya walaupun sedang menjalani ibadah puasa.
#2 BUAH-BUAHAN
Buah-buahan penting kerana ia memberikan vitamin dan serat yang penting untuk ibu menyusu. Terdapat buah-buahan yang dapat membantu memulihkan luka bersalin dengan berkesan. Serat juga penting untuk ibu agar tidak sembelit.
Buah-buahan seperti epal dan pisang dapat memberikan tenaga dan mempunyai nilai serat dan antioksidan yang tinggi. Oren dan tomato mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dapat membantu memulihkan luka bersalin.
Makan buah-buahan sebanyak dua hidangan setiap hari, samada dalam bentuk potongan atau jus. Jika membuat jus, elakkan menambah gula dan campurkan sedikit air supaya lebih mudah dikisar.
Pilih buah-buahan yang mengandungi banyak air dan serat seperti tembikai, dan oren.Buah-buahan antioksidan pula seperti anggur, mulberi dan betik. Sediakan buah-buahan ini pada sebelah malam untuk menjimatkan masa.
#3 SAYUR-SAYURAN
Sayur-sayuran mempunyai zat dan serat yang diperlukan oleh ibu yang menyusu. Zat ini juga akan dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu. Sayuran berwarna hijau juga sangat baik untuk ibu menyusu.
Sayur seperti bayam, brokoli, kangkung dan sawi mempunyai zat seperti kalsium, zat besi, vitamin A dan C. Ulam juga boleh dimakan kerana sayuran hijau yang segar mempunyai lebih banyak zat kerana kadangkala zat boleh hilang selepas dimasak.
#4 BIJIRIN
Bijirin seperti beras, gandum, oats dan barli dapat memberikan zat yang baik untuk ibu menyusu. Zat seperti protein, zat besi, kalsium dan pelbagai vitamin dalam bijirin dapat membantu ibu dan bayi yang menyusu.
Pemakanan bijirin boleh dipelbagaikan. Oats boleh diminum bersama susu sebagai sarapan, beras perang untuk makan tengah hari, tepung gandum sebagai lempeng di waktu petang dan barli direbus dengan air dan diminum.
Semasa berpuasa boleh dimakan semasa bersahur sebagai menu sahur ibu-ibu semua.
#5 IKAN , AYAM DAN TELUR
Ikan mempunyai minyak Omega 3 yang penting untuk ibu dan membantu tumbesaran bayi. DHA di dalam Omega 3 memberi impak positif dalam pertumbuhan dan perkembangan sel-sel otak bayi. Antara ikan yang kaya Omega 3 adalah salmon.
Ikan sardin pula kaya dengan kalsium, penting untuk menguatkan tulang ibu dan tumbesaran tulang dan gigi bayi.
Telur kaya dengan vitamin D yang penting dalam penyerapan kalsium kedalam tulang dan gigi. Ia juga adalah sumber protein yang baik untuk menyembuhkan luka ibu bersalin. Telur mudah dimasak dan disediakan, boleh dimakan di waktu pagi sebagai sarapan, tengah hari atau malam.
Semasa berpuasa boleh ambil ikan, ayam dan telur semasa bersahur.
#6 PRODUK TENUSU
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang baik untuk ibu dan bayi. Susu juga dapat memberikan cecair tambahan kepada ibu menyusu dan ini penting dalam penghasilan susu untuk bayi.
Menurut kajian, pengambilan susu dalam diet ibu menyusu dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti susu ibu. Pastikan ibu mengambil susu setiap hari bagi menggantikan kalsium yang hilang dari badan.
Untuk ibu menyusu yang nak menu sahur yang lebih ringkas boleh cuba Set Puasa Shaklee. Lengkap dengan pemakanan untuk ibu menyusu.
Yang penting, ambil makanan yang seimbang dan secukupnya ,untuk idea menu sahur sihat yang lain boleh klik pada blog rakan Kak Iz ya.
Semoga mendapat manfaat dari perkongsian Kak Iz pada kali ini.
Post a Comment