7 Petua Hilangkan Jeragat.

 

Muka dipenuhi jeragat.

Assalamualaikum, dalam entry kali ini, Kak Iz nak berkongsi  7 petua untuk hilangkan jeragat.

Sebelum itu, jom kita tengok apa yang dimaksudkan dengan jeragat.


MAKSUD JERAGAT

Apakah maksud jeragat? 
  • Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. 
  • Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

7 PETUA HILANGKAN JERAGAT

Tips #1 : Cuka Epal ( Apple Cider )


Caranya:

Campurkan 2 sudu cuka epal dengan separuh cawan air. Celup kapas muka dan gosok lembut seluruh muka… nak lajak ke leher pon okay sgt… agak2 seminit ke 2 minit macam tu, bilaslah. In shaa Allah, tips ini sememangnya berkesan untuk masalah jeragat.

Namun perlu diingat, jangan gosok terlalu kuat atau terlalu lama. Cuka epal kan dia bersifat asid dan boleh mengakibatkan hakisan pada kulit muka. Buat, seminggu sekali pun sudah mencukupi. In shaa Allah.

Tips #2 : Kulit Kayu Manis Bersama Madu Asli.



Caranya :

Campurkan setengah sudu kecil serbuk kulit kayu bersama dengan setengah sudu kecil madu asli. Kacau bagi dia betul-betul sebati. Jadikan campuran tu sebagai masker dan pakailah kat muka. Biarkan selama setengah jam sebelum dicuci muka sehingga bersih dan hilang masker tersebut.
.
Amalkan tips ni 2 kali seminggu. In shaa Allah, anda sendiri akan dapat rasa perubahannya. Jeragat pada muka akan semakir pudar dalam masa yang singkat.
.
Paling bestnya adalah tips ini dapat menghalang pertumbuhan jeragat yang baru. Wow!

Tips #3 : Lemon

Asid dan Vitamin C yang ada dalam lemon sebenarnya mampu untuk menghilangkan jeragat dalam masa yang singkat.


Caranya :

Dapatkan sebiji lemon dan potong. Sapukan ke muka. Biarkan sapuan tersebut selama 15 minit dan bilaslah selepas itu.

Amaran keras : Jika kulit anda jenis kulit yang sensitif, tips ini tidak sesuai untuk anda amalkan. Lemon bersifat asid.

Tips #4 : Daun Lidah Buaya.



Caranya :

Banyak khasiatnya lendir daun lidah buaya ni…  cuma potong kulit luar hingga lendirnya keluar dan sapu rata pada kulit.. Biarkan setengah jam, kalau nak pakai terus masa tido lagi bagus sbb lidah buaya ni ada bahan aleosin yg boleh merawat pigmentasi… lagi pon boleh sejuk 1 muka..mmg best!


Tips #5 : Minyak Zaitun Dara



Caranya :

Ambil 2-3 titik minyak zaitun dara sapu ke seluruh muka…urut lembut secara membulat.. biar beberapa jam sebelum bilas bersih.

Minyak zaitun ni mmg sangat banyak khasiat, antaranya bertindak sebagai antioksida untuk baiki kulit muka yg rosak dan kulit jadi anjal remaja.


Tips # 6 : Kurang makanan Merapu dan banyakkan minum air.

Sekarang ni musim org berdiet dan turunkan berat badan. Kalau semua perasan, bila kurang ambil makanan tidak khasiat dan ambil banyak makanan bernutrisi tinggi seperti sayuran dan buahan serta minum banyak air, kulit muka akan jadi cerah dan licin.

Ini kerana toksin2 dari organ kulit berjaya disingkirkan dgn sempurna dan menjadikan kulit sihat dan secara tidak langsung jeragat pon boleh berkurangan.


Tips # 7 : Kurangkan penggunaan makeup yg tebal dan WAJIB cuci muka sebelum tidur.

Awas jika jenis suka make-up tebal. Penggunaan barang make-up yg tiada piawaian secara berterusan boleh menimbulkan masalah dlm beberapa tempoh penggunaan. Lebih2 lagi barang make-up yg dibeli dalam saiz besar, kita xperasan tarikh luputnya, akibatnya kulit menjadi rosak dan berpigment.
.
Itu sebabnya sangat penting untuk mencuci muka sebersih- bersihnya sebelum tidur untuk semua kekotoran dan membenarkan tubuh membaiki kerosakan kulit waktu kita tidur.
.
Pencuci muka yang paling sesuai adalah yang mengandungi banyak bahan semulajadi yang mampu membersihkan dan merawat kulit secara lembut.


In sya Allah , dengan mengamalkan semua petua untuk hilangkan jeragat akan dapat mengatasi masalah jerawat ini.

Kak Iz nak share lagi petua hilangkan jeragat, KLIK SINI.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023 

Kak Iz juga merupakan pengedar shaklee yang aktif, jom wasap Kak Iz untuk dapat produk shaklee. 

No comments