Kerja Dari Rumah- Kisah seorang doktor.
DARI SEORANG DOKTOR AKU BERHENTI KERANA ANAK-ANAK....
Pada masyarakat dan keluarga, hebatnya status seorang doktor. Tapi kenapa aku tak bahagia?
Kenapa aku berduka?
Apabila pulang kerja melihat anak-anak sudah tidur.
Ahh harini tak jumpa anak. Esok pagi keluar kerja drg belum bangun.
Sampai bila nak macam ni.
Hari tu suami share,'Isabella dah pandai panggil daddy'.
Anakku dah pandai bercakap dan aku bukan orang pertama yang tahu.
Hidupku hanya kerja aku. Hidupku demi orang lain?
Siapakah yang utama dalam hidup aku?
Cip tanya hati sedalam-dalamnya.
Cip tahu jawapannya.
Anak-anak aku.
Merekalah harta aku.
Aku tak kisah kalau aku bukan seorang doktor lagi sebab itu tak penting untuk aku.
Asalkan aku bahagia dan anak-anak bahagia.
Berbulan2 Cip fikir untuk berhenti kerja. Masa tu Cip start buat Shaklee. Tapi income belum banyak lagi.
Untungnya buat bisnes Shaklee ni sebab Cip tak perlu modal. Cip takde duit pun nak buat modal.
Masa tu Cip takde ilmu bisnes pun. Nak promote macam mana?
Nak menjual macam mana?
Cip main redah saja.
Ilmu takde tapi yang ada adalah sesuatu yang LUAR BIASA iaitu SEMANGAT YANG KUAT, rasa tak ingin kalah demi kebahagiaan saya bersama anak-anak.
'Anak-anak mommy, mommy janji mommy akan work so hard supaya mommy takkan tinggal korang lama-lama macam selalu. Maafkan mommy. Bukan mommy sengaja ambil korang jam 11 malam. Mommy bekerja untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Tapi mommy janji yang one day mommy takkan tinggal korang lama macam tu lagi. Promise. Anak-anak adalah kekuatan mommy'.
Cip ingat lagi setiap malam lepas balik kerja, Cip drive balik dgn Isabella dan sampai rumah jam 12 malam. Anak yang dah tidur Cip dukung naik ke condo tingkat 16. Cip mengandung 32 minggu.
Rasa nak nangis dukung anak 10 kg.
Ya Allah
Boleh tak aku berhenti struggle macam ni? Boleh tak aku mati saja. Aku penat sangat.
Boleh tak aku just nak stop masa sekejap.
Aku xmau fikir hutang, kerja dan anak.
Aku just nak duduk dan rehat sekejap sahaja.
Masalah dunia ni, hilangkan dari fikiran aku. Kenapa setiap hari aku rasa aku seperti perenang dilautan tanpa pantai.
Sampai di rumah, selepas anak-anak dah tidur, Cip akan study balik sale harini dan mula tambah ilmu bisnes. Cip akan jadikan setiap hari perlu mencari ilmu bisnes. Jam 2 pagi baru tidur. Esok pagi dah mula drive meredah jem ke klinik.
Penat.
Tapi Cip tak kisah sebab Cip tahu yang bila Cip capai target, Cip akan bebas!!
Cip perlu cari ilmu untuk Cip berjaya.
Itu target saya. I want to be free.
No more rules!!
Kalau anak I sakit, I boleh pilih untuk teman anak.
Kalau I rasa sakit, I boleh pilih untuk tak bekerja.
I just want to be free!!
I nak terbang tinggi!! I nak bahagiakan orang tersayang. Anak-anak dan mak ayah.
Alhamdulillah, satu hari yang indah, bisnes saya mula capai jualan 6 angka.
Ya Allah segala susah payah aku berbaloi.
Segala air mata ini berbaloi.
Kerana aku sentiasa yakin pada rahmatMu.
Mulai saat itu, saya hanya fokus pada bisnes saya sahaja. Saya nekad untuk bantu lahirkan lebih ramai leader seperti saya.
Saya tahu disuatu sudut di Malaysia ini, pasti ada seperti saya dan saya nak bantu dia.
Semangat Cip berkobar2.
Buat Cip sanggup habiskan masa yang banyak untuk ajar orang dalam bisnes RYG. Tapi Cip tumpu pada team Cip saja.
Berkat usaha dan keikhlasan saya, RYG kembang maju dan laju. Ryg berjaya hasilkan ramai dgn jualan 6 angka. Bisnes ini ubah hidup ramai orang sepertimana ia mengubah hidup saya.
Dalam masa setahun, saya mula menjana jualan lebih sejuta sebulan.
Tanpa rasa takut, saya mula menyertai seminar puluhan ribu ringgit untuk belajar ilmu bisnes.
Pulang dari seminar, jualan RYG melonjak lagi!! Saya pergi belajar lagi!!
Sale naik lagi!!
Wow!!
Inilah rahsia kejayaan.
Ilmu ilmu ilmu.
Kini bermula Januari 2017, jualan bisnes saya iaitu RYG dah mencapai lebih 13 juta dalam masa 8 bulan sahaja.
Kini saya bebas.
Saya ada ketenangan dan kebahagiaan.
Saya faham erti kehidupan.
Kemewahan dan kejayaan mengajar saya erti memberi.
Kejayaan saya adala kerana saya ikhlas memberi ilmu pada ahli team saya. Saya coaching mereka SETIAP MALAM selama setahun lebih.
Saya korbankan masa rehat saya asalkan mereka maju.
Saya mahu mereka tidak buat kesilapan yang saya buat dalam bisnes supaya perjalanan mereka lebih laju dari saya.
Saya mahu mereka ada senjata rahsia yang saya cipta supaya kejayaan saya menjadi kejayaan mereka pula.
Suami saya tanya,'Tak rindu ke nak jadi doktor?'
Saya senyum dan jawab,'Tak. Jangan suruh I masuk kerja sebab I takmau. I akan menangis kalau KKM suruh masuk balik'.
Semua orang ada impian. Dan ini impian saya.
Kerana rezeki inilah saya dapat memberi kesenangan kepada ibu bapa dan keluarga.
Tapi saya tak berhenti disini. Saya upgradekan mission saya untuk membantu orang lain diluar sana.
Kak Cip nak bantu peniaga online diluar sana supaya berniaga dengan teknik yang betul.
Melalui kelas2 coaching yang kak cip beri, Kak Cip nampak betapa kurangnya ilmu peniaga online.
Kak Cip kasihan.
Kerana takde ilmu inilah anda berniaga lama2 tapi belum mampu beli rumah impian pun.
Anda berniaga tapi bank tak pandang anda langsung.
Anda berniaga tapi tak mampu beri wang pada mak ayah.
Anda berniaga tapi makin miskin dari orang makan gaji.
Jangan buat silap...
Jangan kedekut dgn ilmu.
Anda labur untuk ilmu, bisnes anda naik berpuluh kali ganda dari jumlah pelaburan anda bayar...
Kak Cip dah pernah buat dan Kak Cip tahu.
Tapi kalau kedekut dgn ilmu, bisnes anda akan kekal STATIK selamanya.
Anda rugi masa rugi tenaga...
Jom baca lagi tentang bisnes shaklee secara online.
Lagi tentang Kerja Dari Rumah. KLIK SINI
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Post a Comment