REVIEW DAN FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0 DAN KENAPA NAK LAGI BLOGMEGASHAKLEE 2.0
Alhamdulillah, KaK Iz menang nutriferon pada blogmegashaklee 1.0 yang diadakan pada 9-14 Februari yang lepas. Seronok sangat !
Kak Iz dah tulis 2 artikel. Jom klik sini untuk baca artikel terdahulu. Tajuk pertama tentang intermintent fasting dan tajuk kedua berkenaan set kurus shaklee. Jemput baca.
Apabila Master Norita dan Master Salwa umumkan tentang projek blogmegashaklee, Kak Iz memang nak turut serta, sebab blog memang Kak Iz dah ada, buat dari tahun 2017. Bila tengok semula wahhh banyak jugak aku dah tulis ni.
REVIEW PROJEK BLOGMEGASHAKLEE
Mula-mula buat blog dulu, sebab bila mulakan bisnes online ni, salah satu cara untuk reach kepada orang ramai adalah dengan buat blog, melalui penulisan. Lagipun blog ni bersifat kekal dan tahan untuk bertahun-tahun.
Bila join projek blogmegashaklee jadi teruja sebab buat secara jemaah. Tulis bersama-sama bagi 1 tajuk yang sama. Aura bila buat ramai-ramai ni rasa lagi lebih bersemangat dan Kak Iz nak dapatkan semula rentak untuk menulis blog.
Melalui blog kita boleh berkongsi pengalaman, manfaat dan kebaikan. Dengan cara ini, pembaca akan dapat ilmu baru dan penyelesaian masalah yang dicari. Secara tak langsung kita dapat pahala dah dari situ. Lagipun memang ramai yang cari maklumat dari blog kan. Carian yang sangat popular. Macam kita, nak cari apa2 mesti akan cakap...ha google...google.
Master Salwa ,Master Norita dan ramai lagi dalam grup projek blogmegashaklee yang sangat berpengalaman dalam penulisan blog, semua berkongsi tips cara nak menulis, baca artikel dari blog otai-otai ni dapat belajar dan memberi inspirasi untuk menulis blog. Sudah tentu ilmu yang diberi ni sangat mahal dan tak akan dapat dimana-mana. Satu lagi untuk sertai projek ni, tak ada apa-apa yuran yang dikenakan, PERCUMA ! Kalau tak ambil peluang memang rugi. Master sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit untuk kami semua. Masya Allah best sangat.
FEEDBACK PROJEK BLOGMEGASHAKLEE
Antara feedback peserta blogmegashaklee.
1.First time buat blog. Sebelum ni pernah cuba buat tapi terkandas awal lagi tapi kali ni saya cuba juga. Mula mula sebenarnya saya nak tarik diri dah. Tapi kuatkan semangat dan lihat inspirasi drpd Group ni. Mmg langkah pertama sy tak sempurna, tapi sy cuba juga. Terima kasih Master Salwa, Master Norita, kak Pija, Farah, Latifah dan kak Farizan. Juga Aini Salleh . Dan semua yg berada dlm Group ni. Doakan sy boleh buat blog yg hebat mcm kalian . Puan Ili Raihana
2.Dalam seminggu sebelum umum projek ni, memang ada niat nak mula menulis semula. Tp tak buat buat. Eh tiba2 ada projek #blogmegashaklee Ya Allah betul2 buka jalan. Sparring pun awesome. Rasa bersalah kalau lewat2 siapkan task. Terus menulis walaupun laptop rosak . Cabaran rasanya tak biasa guna hp menulis blog. Tapi ia bukan alasan. Tulis dalam note hp dan transfer ke blogspot apps. Walaupun mencabar guna hp update blog tp tak apa teruskan juga. Terima kasih Allah. Terima kasih kak n dan kak salwa. Terus bersemangat menulis blog. Puan Erna NorDiana Zamri
HARAPAN PROJEK BLOGMEGASHAKLEE
Kak Iz berharap dengan menyertai program ini, blog Kak Iz akan semakin kukuh dan ramai yang akan dapat manfaat dari blog kak Iz.
Semoga Kak Iz akan dapat belajar juga tips and trick berblog ni. Tapi sebelum kita nak betul-betul pandai, buat sahaja dulu, redah sahaja dulu. Jangan tunggu nak perfect baru buat. Dalam perjalanan nak perfect tu kita belajar.
Akan datang untuk #projekblogmegashaklee2.0 sudah tentu Kak Iz tak akan lepaskan peluang untuk sertai sekali lagi. Doakan Kak Iz diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis.
Post a Comment