5 TIP BUAT OPEN HOUSE DI HARI RAYA

 Open house semasa hari raya merupakan acara tradisi yang diraikan oleh umat Islam. Ia adalah masa untuk keluarga dan rakan-rakan bertemu dan mengeratkan silaturrahim setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan.

Semasa open house, tuan rumah akan menjemput para tetamu dan menghidangkan makanan tradisional Melayu yang sedap dan lazat. Lemang, ketupat dan rendang hidangan wajib.

Kak Iz nak kongsi 5 tip buat open house. Jom baca dulu open house rakan Kak Iz ni. KLIK SINI.


5 TIP UNTUK OPEN HOUSE YANG BERJAYA


1.KEMAS RUMAH: Bersih, hias dan pastikan ruang yang mencukupi untuk para tetamu agar dapat bergerak dengan selesa. Boleh juga susun makanan mengikut tema atau menyediakan tempat untuk bersosial.


2.RANCANG MENU: Sediakan pelbagai menu, makanan tradisional, kueh mueh dan pastikan makanan yang disediakan  mencukupi untuk para tetamu.




3. JEMPUTAN UNTUK PARA TETAMU: Hantar jemputan untuk para tetamu, keluarga,  rakan-rakan dan jiran, beserta tarikh,masa dan tempat open house.


4. MENJADI TUAN RUMAH YANG BAIK BUDI: Mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga,rakan-rakan, jiran dengan mesra. Perkenalkan mereka antara 1 sama lain dan pastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.


5. NIKMATI KEMERIAHAN SAMBUTAN OPEN HOUSE: Jangan lupa luangkan masa bersama keluarga, raikan kemeriahan open house bersama orang yang tersayang.

 Dah makan banyak, kunjungi open house, sedikit sebanyak berat badan akan naik, tunggu next entry , Kak Iz cerita tentang set kurus shaklee. HELLO NEW YOU.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




No comments