VITAMIN UNTUK WANITA

Assalamualaikum.

Hai, apa kabar semua?

Entry kali ini, Kak Iz nak cerita tentang vitamin yang penting wanita.

Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan, tapi yang penting juga adalah kesihatan. 

Tugas sebagai seorang ibu bukanlah mudah.Tak kiralah ibu yang berkerjaya atau yang menjadi surirumah. Semuanya nak bertenaga dan sihat, supaya tugas harian berjalan dengan lancar.

Kak Iz nak kongsikan 4 vitamin untuk wanita iaitu, 

  • Vitalize- multivitamin
  • Omegaguard -minyak ikan
  • Gla- asid gama linolik
  • Ostenutrix-pil kalsium

VITALIZE 

  • Dulunya dikenali dengan vita-lea iron formula.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet vita-lea disalut dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab".
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.



Manfaat vitalize untuk wanita.

  • Memberi tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran dan kerja harian.
  • Pelengkap nutrisi, sesuai sangat bagi mereka yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral kerana vegetarian atau anameia.
  • Metabolisma,melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh.
  • Melindungi organ.


OMEGAGUARD

Perbezaan Shaklee:
Minyak ikan terbaik di dunia.
  • Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, makerel,herring, anchovies) di perairan air sejuk. Bukan dari hati minyak ikan.
  • 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk  EPA, DHA,  ALA dan banyak lagi.
  • Menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omegaguard.

Manfaat omegaguard kepada wanita

1.Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Kandungan EPA yang ada dalam kapsul Omega 3 dapat mencantikkan kulit, rambut serta kuku anda. Cuba amalkan selama beberapa bulan dan anda akan melihat perbezaan sebelum dan selepas.

2.Menyihatkan jantung, kurangkan serangan jantung

Mungkin sudah diketahui ramai, Omega 3 atau fish oil sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung serta mengurangkan serangan jantung dalam kalangan wanita. Hal ini kerana, wanita berpotensi tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.

3.Mencegah kanser payudara

Inilah yang paling digeruni oleh kaum wanita iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak fish oil ini dengan kadar yang tinggi boleh mengurangkan 50% risiko mendapat serangan kanser payudara. Hal ini kerana kandungan DHA dalam Omega 3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi bagi melawan kanser.

4.Mengurangkan senggugut ketika haid

Ramai tak sedar bahawa Omega 3 fish oil ini mampu untuk mengurangkan senggugut ketika haid. Ia boleh mengimbangkan semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.

5.Meningkatkan tahap kesuburan

Omega 3 sebenarnya mampu untuk mengimbangi kadar hormon wanita dan meningkatkan pengaliran darah ke uterus. Buat anda yang ingin hamil, lebih tinggi kandungan fish oil yang diambil, lebih tinggi peluang untuk anda mempunyai zuriat!

6.Perkembangan otak bayi dalam kandungan

Pengambilan Omega 3 ketika hamil sangat disarankan bagi meningkatkan tahap perkembangan otak bayi dalam kandungan. DHA dapat membantu perkembangan otak yang sempurna, mencergaskan otak serta kesihatan mata dan motor.

7.Mencegah pre-eclampsia

Adalah sangat bahaya untuk ibu hamil mempunyai tekanan darah yang tinggi atau dipanggil pre-eclampsia. Jadi, pengambilan Omega 3 dapat membantu mengimbangi tekanan darah si ibu dan juga kesihatan bayi dalam kandungan.

8.Mengurangkan simptom dan masalah menopause

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mengalami sebarang masalah ketika menopause dan ada juga yang mengalaminya seperti sakit melampau. Jadi, pengambilan Omega 3 dapat bantu menstabilkan hormon dan mengurangkan simptom perubahan mood yang mendadak.

9.Mengurangkan kemurungan selepas bersalin, dalam pantang

Berpantang selepas bersalin merupakan proses yang penting untuk dijaga oleh ibu. Ada yang mengalami kemurungan dan ada juga yang mengalami keletihan melampau selepas bersalin. Jadi, ambil Omega 3 untuk melancarkan aliran darah dan kurang stres.


GLA - ASID GAMA LINOLIK

Perbezaan shaklee:

  • Diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda gla dalam EPO.
  • Borage adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
  • Digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanannya.


Manfaat gla kepada wanita

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.
  • Mengurangkan blood clot yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal gula dalam darah.


OSTENUTRIX

Perbezaan shaklee.


  1. 1 kaplet OsteNutrix bersamaan 1 gelas susu berkalsium tinggi atau 80 biji badam
  2. Kos harian pengambilan OsteNutrix ( 3 kaplet sehari ) ini hanya RM 2.30 sahaja. Lebih murah dari harga segelas susu
  3. Setiap hidangan OsteNutrix dapat mencukupkan keperluan kalsium harian ( 1000mg ) dalam sehari
  4. Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.
  5. Direka dengan kaplet ( bentuk ) bersaiz kecil dan mudah ditelan
  6. Kadar penyerapan kalsium yang efektif dalam masa 12 jam mengikut kajian klinikal. Selamat diambil untuk semua golongan.

Manfaat ostenutrix kepada wanita



  1. Menenangkan otot
  2. Membantu mengimbangi stress
  3. Membantu mengurangkan asid perut yang berlebihan
  4. Membantu kesihatan sendi
  5. Membantu masalah lenguh dan sakit badan
  6. Menguatkan tulang dan gigi
  7. Mengurangkan risiko Osteoporosis
  8. Mengatasi masalah kekejangan otot
  9. Membantu tidur yang lebih lena
  10. Meringankan simptom PMS

Kerana diri kita sebagai wanita, begitu berharga.
Jom dapatkan vitamin untuk wanita ini dari Kak Iz.
Tekan SINI.

Jom baca lagi perkongsian tentang vitamin untuk wanita.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

No comments