DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA
Assalamualaikum semua.
Entry kali ini, Kak Iz nak berkongsi beberapa doa yang bagus diamalkan oleh wanita.
Semoga bermanfaat.
1.
AMALAN UNTUK WANITA
.
Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:
.
اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي
.
وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَّاتِ الْفِتَن
.
Maksudnya:
.
Ya Allah, keluarkan kemarahan/keresahan hatiku, dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.
.
. Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.
.
wasiat daripada Al Habib Musa Al Kadzim Assaggaf
2.
Jom kita sama-sama belajar tentang sebuah doa yang sangat indah, diajarkan oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada ibu bapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap ibu bapa, sesama kawan, dan lain-lain.
Doa ini mudah dan ringkas, insyaAllah kita boleh hafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa. Iaitu:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ. اللَّهُمَّ صَلَّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. يَا رَحِيمُ يَا وَدُود، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي/اجْعَلْنَا مَحْبُوبًا فِي قُلُوبِ __ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”
Pada tempat kosong tersebut, sahabat semua boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:
1. Suami/isteri.
2. Ibu Bapa.
3. Anak.
4. Saudara-mara.
5. Kawan.
6. Guru-guru.
7. Orang-orang soleh.
3.
Wanita mengandung boleh membaca dua ayat ini pada waktu petang atau pun sebelum tidur. Doa ini sangat bermanfaat agar wanita mengandung selalu dicukupi dan dijaga dari segala merbahaya.
Jom Kak Iz kongsi lagi doa dari kawan-kawan lain.KLIK SINI
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Post a Comment