Keperluan Wanita Mengandung.
Assalamualaikum semua.
Bertemu lagi kita dalam entry kali ini. Kak Iz nak bercerita tentang keperluan wanita mengandung.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan rezeki Kak Iz mengandung dan melahirkan sebanyak 5 kali.
Apabila dapat tahu mengandung untuk kali pertama, mestilah rasa gembira dan teruja, rasa takut pun ada sebenarnya.
Perkara pertama pergi klinik untuk sahkan kehamilan dan selepas tu pergi ke klinik kesihatan untuk buat buku pink.Kak Iz memang tak pernah ketinggalan untuk pergi ke klinik mengikut masa dan waktu temu janji yang ditetapkan.
Perkara yang penting semasa wanita mengandung adalah dari segi pemakanan.
Secara amnya, wanita mengandung perlu memilih makanan yang tinggi kandungan kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan asid folik.
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
(Sumber: American Medical Association 2011) |
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Kalsium
Wanita mengandung juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya wanita mengandung kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita mengandung yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita mengandung kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk wanita mengandung ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.
Pemakanan memainkan peranan penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu yang mengandung.
Masalah seperti morning sickness, berat badan naik mendadak, GDM seringkali dikaitkan dengan pemakanan.
Lantas menjadikan ibu kurang mendapat khasiat dan menjejaskan pertumbuhan bayi. Di sini, suplemen memainkan peranan untuk merapatkan jurang nutrisi untuk ibu mengandung.
Dalam entry seterusnya, Kak Iz akan berkongsi cadangan untuk set untuk Set mengandung shaklee.
Jom baca lagi tentang Keperluan Wanita Mengandung. DI SINI.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Post a Comment